Monday 4 July 2016

Move On?

Assalamualaikum readerss *checheyyy mcm la ada orang nak baca blog aku ni * Haha. Waitt. Tajuk kemain lagi noh. Bukan ke aku dah move on sebelum ni dengan si sweet talker tuh? Oh definitely no because aku takkan sesekali menjilat balik apa yang aku ludah tu. Huhu.
Sebenarnya nak cerita pasal haha em pasal aku ni skrg kan takde mende nak buat kat rumah ni hah. Jadi bosan2 aku suka kacau orang 😛 Dan mangsa yg aku kacau tak lain tak bukan lelaki 😂 Entah la tetiba jd tabiat. Ada sorang jejaka ni lah. Chat punya chat sampai satu masa tersentuh la bab hati dan perasaan. Katanya dia ni pesen hati batu hahaha. Jadi aku try la ketuk batu tu nak tengok betul ke keras. Rupanya tak de la keras sangat en. Hahha. Tak paham? Takde la cite dia camni. Orang sekarang kan suka berchia-chiaa. So aku ni memang suka mengusik dia dengan pickup line yg bermacam2 jenis hahaha. So setiap kali moment dia aku selalu usik. Tapi sampai la satu masa tu aku dapat rasa jurang antara aku dan dia . kahkah. Dia macam tak layan sangat aku chat. Start dari tu aku rasa something wrong macam dah berubah. Satu malam tu, tetiba aku rasa tersangat speechless bila dia buat pengakuan yang aku sendiri tak tahu sama ada pengakuan tu satu tanda dia tak selesa ataupun satu cara untuk melarikan diri dari rapat dengan aku kerana ada someone special yang lain. Hushh masa tu sangat complicated aku rasa. I'm just wonder why he said like that. 😨😧 Katanya, dia tak nak selalu chat sebab takut fall in love dengan aku. Waitt 😓 So aku buat2 la macam benda tu funny bagi aku dengan berhahaha. Padahal aku sangat la terkejut masa tuh. Sebab baru2 tu dia ada post satu gambar perempuan ni. Entah la nakk aku tak nak tahu pun siapa prmpuan tu tapi kalau dia mengelak dari chat just because tak nak aku terasa sebab dia ada someone special lain ke *aku harap tak lah* em aku rasa better dia tidak create alasan takut fall in love tu kot dan aku tak boleh terima kalau dia tak berterus terang je benda sebenar. Utk pandangan positive aku lak, maybe dia nak jaga batas pergaulan kot.  😕 And one more thing is yg buat aku rasa lawak ke tak eh is .. Dia kata pickup line aku tinggi sangat 😆 Hhaha. But then aku cakap lah semua tu gurauan. Maybe dia fikir aku berharap kot. Ataupun dia sendiri takut berharap pada aku
. okay yang kedua tu tak kot sebab hati dia keras en *katanya kan* Tak tau lak kalau dalam hati tu lain kan. Muahahah. Itu la keje aku sepanjang hari dengan mengacau orang just for fun.

So lesson untuk cerita aku ni...

"Mungkin silap aku.
Membiarkan harapan tanpa jawapan."

Yes. Harapan tanpa jawapan ada kalanya lebih selamat sebab kau selesa dengan dia tapi once kau luahkan kau suka dia, tak mustahil hubungan dia dengan kau akan complicated. Aku lebih memilih membiarkan harapan layu tanpa jawapan daripada membiarkan jawapan yang mungkin tanda pengakhiran.

Dalam kes ni, mungkin aku bergerak ke depan sebab aku dah ada jawapan dari dia sendiri.

Biarkan harapan itu layu.
Itulah jawapannya. 😊

Sebenarnya tak sakit sangat bila macam ni. Trust me.

Next entry is about my poem. Tengok yaa