Sunday 14 August 2016

UMT?? SARJANA MUDA SAINS AGROTEKNOLOGI LEPAS TUAI (PART 2)

Kalau uols dah baca part 1 tu dan nak tahu dilema apa yang aku hadapi saat aku ditawarkan ke kos yg aku tak mintak tu, ni sambungannya..

Selepas family  aku tahu semua, reaksi aku serius, rasa nak nangis, rasa nak bunuh diri, rasa nk tukar kos, rasa nak terjun katil. Semua rasa aku ada.  Tambah-2 bila siblings aku kata kos apa ni, dan yang paling buat aku rasa sangat sangat tertekan bila orang tanya apa peluang kerja yang aku boleh dapat dalam kos ni. Masa tu, rasa macam ada beban atas kepala. Yela kan, orang lain dengan senang hati nak melanjutkan pelajaran ke universiti pilihan mereka, dengan kos yang hebat2 dan glamour, aku di sini terpaksa bertungkus-lumus mencari info tentang kos aku ni dan kena cari apa peluang kerja nanti!! You know what I feel. Kau dah la tak dapat u yg kau nak, dah tu jauh, tersilap kos sebab kau ingat kos yg dpat tu kau minat, dapat pulak kos yg org tak pernah dengar (kalau tak pernah dengar ni selalunya orang kata elehh kos lelong la ni), lepas tu kena hentam, direndah-rendahkan sebab org kata kos kau tu takde kerja, lepas tu family kau desak kau suruh kau cari jalan lain (ambik SPA) walhal kau nak jugak masuk tapi kau ada plan lain, lepas tu kau terpaksa cari senior yg dalam kos ni. Woi kau ingat senang ke aku nak patah balik ..setahun masa aku terbuang kot kalau aku patah balik.. Fuh.. Mula2 plan aku nak tukar kos. I can't accept kos ni. Biarlah satu sem extend aku sanggup asalkan aku bukan dalam kos tu. Sumpah seranah aku bangkang tak nak kos ni haha. Lepas tu ada sorang senior kos tu cakap, dia suggest ambik food tech sebab sekarang ni bidang kerja dia lari dari kos tu. Masa tu lagi membuak-buak aku nak tukar kos tanpa fikir panjang. Then ada sorang lagi senior third year, dia ni dekan haha dan pandai motivate aku. Even dia third year pun tak tahu rezeki kerja apa yg dia dapat nanti, apatah aku yg nak masuk first year ni kan?? +_+ Masa tu aku fikir balik secara relevan. Hmm betul jugak, rezeki Tuhan yg tetapkan tak kisah lah kau kos femes ke kos tak femes ke. Even ramai yg menganggur bila dah grad coz timbul isu lambakan pekerja dah kan?? I think uols tahu lah isu lambakan kos apa kann. Haha. Hmm. then bila aku dah boleh fikir dengan relevan, yeahhh. Aku dah dapat satu keputusan muktamad. AKu akan teruskan kos ni dan takkan tukar kos :) Serius. Nak tau kenapa? SEbab, kos aku ni subjek dia agak senang kalau dibanding kos yg aku nk tukar tu.. Kalu sc biology, aku kena ambik organic chemistry dohh. same like food tech... food tech ada math engineering dgn calculus nauzubilaah. memang aku  tolak terus kos tu dari pilihan haha. The thing is, bukan aku nak memilih subjek ke hape, memang orang cakap math takkan lari dari kehidupan.. kos apa pun math is crucial. But sekarang ni aku tak berani take risk dah. Cukup lah aku cabar diri aku dengan Physics dekat matrik dulu haha. Alhamdulillah physics matric aku sangat berubah dari skolah menengah. first test aku C- KOT tetiba PSPM 1 A- ~~ Hahah. masa tu aku anggap yang tu bukan usaha aku sendiri tapi rezeki Allah nak bagi dan mungkin gak sebab aku berani cabar diri. Kat U ni, aku dah taknak take risk mCm tu tambah2 dengan math. Physics aku blh consider lagi tapi kalau math, aku rasa nak nangis hahahah.So tu lah antara sebab kenapa aku nak kos ni.. Kos ni memang banyak go through dengan Biology(my passion) hehe.. then kos ni mmg takkan terlepas belajar math .. It is called Biostatistics masa sem 2 nnti haha!!! Takut jugak wehh tapi dengar kata senior cakap senang je, insya allah , i will try my best :))



So, ni ada sikit pesanan dari aku as student yang tak dapat kos yang aku mintak. For those yang senasib macam aku ni, the first thing u must do is accept whatever course u already got. Terima dengan hati yg terbuka walaupun kau anggap susah. Minat boleh dipupuk dan tak semestinya kalau kau dapat kos yg kau minat sekalipun, kau boleh score. Kau kena ingat yang apa yang kita dapat mungkin tak seindah yang kita rancang kerana yang menentukan rezeki segalanya adalah Dia. Rezeki mansia tak sama, The most important is cuba ikhlaskan hati sebaik mungkin in what u learn. Tutuplah telinga when ada mulut-mulut yang suka merendahkan kos yang kau dapat. Steady je weh. Kau baru diuji dengan mulut-2 macam ni. Belum masuk alam pekerjaan lagi. Kalau setakat sikit mcm ni pun kau nak down, mcm mana in future? Think. Tak salah kalau kau nak touching. Tak salah kalau kau nak down, dengan syarat pastikan kau bangkit balik. Itu je. Dan soal rezeki, kerja apa bila nak grad nanti, wallahualam. Kita hanya follow the flow at the same time serahkan semua pada Dia. Pada Maha Pemberi Rezeki. Moga-moga Allah berikan kita rezeki pada masa depan. Insya ALLAH.

Me, future science agrotech (post harvest) degree student wish to all of you good luck and do the best in your studies ! 

*Gambar hiasan*