Thursday 16 February 2017

DEGREE LIFE IS QUITE AWESOME

Assalamualaikum ! Yuhhuuuu im back gais 😂 Rasa dah berkurun berabad gila tak update blog ni. Since dah degree langsung tak sempat update blog. Ceyy nak kata busy la tu. Hahah k tak. Sebenarnya memamng dah lama nak update, tapi tu lah, malas. So ada sorang junior ni tanya life aku sampai berjaya sekarang hahahaha. Tak berjaya lagi sebenarnya. Berjaya jejak ke universiti tu ye. Nampak memang lah macam happy je dapat masuk alam degree, tapi di sebalik tu hmmm memacam kerenah manusia kau akan jumpa dik.

So far, sekarang baru seminggu aku masuk semester 2. Sem 1 baru je melabuhkan tirainya 😛 Result pun alhamdulillah okay. Actually kalau nak tips dekan ke aku memang takde muahahahah. Serius. Aku bukan budak pandai, dekan pun tak. Aku cuma budak yang pasang niat dan harapan besar untuk cemerlang, tapi tersangkut tersadai di tengah jalan.sobb sobb. Huhu. Macam past entry dulu, aku cakap yang aku harap yang baik daripada kos yang aku dapat ni. Memang agak susah nak terima sebenarnya, macam kadang-kadang bila masuk PKU tengok kaunter farmasi, aku teringat cita-cita aku dari form 5 yang telah terkubur since matrik. Ye lah, aku sedar aku tak mampu kejar tu. So stop. Start with new plan, aku nak biomedic. Tup tup result, ahhh punah lagi la Nani 😭 Sedih tak dapat degree ni. Tapi dah expect awal pun sebab requirement 3 ke atas. Mana mampu dohh nak banding dengan result aku yang dah awal-awal berkecai sebab math. *masih menyalahkan math* huaaa. Plan baru lagi. Ni last plan. Aku nak pure science in biology. Tup tup UPU dapat Degree Agrotech. Berkaitan pertanian. Hahaha. Aduhh. Actually bidang pokok2 ni lah yang aku paling cube nak elak. Tapi benda yg kita n ak elak tu lah yang selalunya dapat. So follow the flow je an. Sekarang ni takde plan masa depan lagi. Sebab tiga plan yang aku buat tu semua hancusss. HAHA. Sedih ann. Takpe la.

Baru seminggu masuk sem 2 ni. Based on degree life yang aku hadap selama satu sem ni, ada la certain nasihat. First, dah masuk u ni kena luaskan otak yang sebaik mana pun hang, still akan ada orang yg bercakap buruk. Dah besar. Sedih memang la tapi bila fikir life aku dari sekolah, matrik, u... tetap berlaku dan aku sendiri wonder why. Tutup telinga je kot. Second, kawan lah dengan semua orang. Kalau boleh kawan dgn satu kelas. Bergaul. Truely said, classmate matrik bagi aku lebih mudah untuk masuk ngan aku. Takde konsep geng or berpuak. Kadang hang jarang sembang pun, sekejap ja bole rapat. Cuma aku dulu rugi sebab aku tak talkative. Hujung sem baru aku ssyang nak tinggal, sayang friendship classmate semua. Aku kuat dengan support depa. Third, bila nak belajaq tu jangan la last minute macam aku sem 1.. minggu first belajar je aku rajin pastu lagha memacam haihhh haha movie la overnight la makan la bana laa. study week baru push dan hasilnya.. biochem aku c+ dan mencacatkan sedikit result sem 1 tu hmmm.tp alhamdulillah la agak puas hati.. I've got 3.37 , better than 2.78 in matric. ok actually tak boleh nak compare pun pointer sebab belajar lain-lain. Takde math bole la skor hahah. Takpe la sem 2 cuba la lagi ye.

Bercakap pasal sem 2, sebenarnya aku sedang dalam pencarian mood bahagia. Banyak sangat benda yang aku overthinking dalam pala otak ni. Selalu rasa stress, risau, plus sekarang ni baru baik demam. Next entry je la cita k bye.